Enjin Carian

Loading...

Peringatan Bersama (PENAFIAN)

Blog ini adalah ruang pendapat, perkongsian dan luahan pemilik blog semata-mata berdasarkan maklumat dan pemahaman pemilik blog dalam dunia penyusuan ibu (kecuali apabila dimaklumkan sumbernya). Pembaca sekalian perlu merujuk pada konsultan laktasi ataupun kaunselor laktasi yang bertauliah bagi kes-kes teknikal dan kritikal. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat yang dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung.

Pembaca blog ini diizin menyalin kembali (copy and paste) serta mengolah info ataupun maklumat dari dalam blog ini demi mengembangkan ilmu penyusuan DENGAN SYARAT meletakkan sumber rujukan kembali kepada blog ini. Ini bagi memastikan hak cipta karya pemilik blog tetap terpelihara. Terima kasih atas kerjasama dan kesudian pembaca sekalian berkongsi ilmu di sini. Salam hormat (^_____^)

Pembaca Budiman

Saturday, March 6, 2010

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Panggilan buat rakan-rakan dari Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terenggannu)

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC), satu program di bawah sokongan UNICEF dan WABA yang sudah mula bergerak di Malaysia. Program khas ini adalah di bawah sokongan para pakar laktasi di Malaysia bagi meningkatkan lagi kesedaran penyusuan ibu di kalangan masyarakat. Pengurus Projek MBFPC adalah Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC merangkap pemilik SusuIbu.com

Memandangkan projek besar ini baru sahaja bermula, sokongan daripada semua ibu yang menyokong penyusuan ibu di Malaysia amat diperlukan terutamanya bagi memeriahkan dan merancakkan lagi aktiviti penyusuan ibu di kawasan Pantai Timur. Buat masa ini, kawasan yang mendapat sambutan yang menggalakkan adalah di kawasan tengah iaitu Kuala Lumpur dan Selangor.

Sekadar membantu pihak MBFPC, saya mahu menjemput rakan-rakan Pantai Timur yang menyokong penuh penyusuan ibu dan berminat mahu menjadi 'Peer Counselor' supaya dapat menghantar permohonan ataupun emel ke admin@malaysianbfpc.org.

1 comments:

hasrulhassan said...

Salam .. ini satu maklumat yang bagus...