Enjin Carian

Loading...

Peringatan Bersama (PENAFIAN)

Blog ini adalah ruang pendapat, perkongsian dan luahan pemilik blog semata-mata berdasarkan maklumat dan pemahaman pemilik blog dalam dunia penyusuan ibu (kecuali apabila dimaklumkan sumbernya). Pembaca sekalian perlu merujuk pada konsultan laktasi ataupun kaunselor laktasi yang bertauliah bagi kes-kes teknikal dan kritikal. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat yang dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung.

Pembaca blog ini diizin menyalin kembali (copy and paste) serta mengolah info ataupun maklumat dari dalam blog ini demi mengembangkan ilmu penyusuan DENGAN SYARAT meletakkan sumber rujukan kembali kepada blog ini. Ini bagi memastikan hak cipta karya pemilik blog tetap terpelihara. Terima kasih atas kerjasama dan kesudian pembaca sekalian berkongsi ilmu di sini. Salam hormat (^_____^)

Pembaca Budiman

Monday, October 25, 2010

Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu: Cabaran Penyusuan Anak (Kanak-Kanak)

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu (24 Oktober 2010), SGM7 atau Perjumpaan KUmpulan Sokongan Penyusuan Ibu sudah masuk kali ketujuh bagi sesi 2010. Sejuta penghargaan untuk para ibu yang tidak putus-putus berjuang di atas 'lorong yang sempit' ini.

Mengapa saya katakan 'lorong yang sempit'? Ini kerana, penyusuan ibu, walaupun sudah semakin 'menular' dalam kalangan masyarakat Malaysia, tetapi masih terlalu banyak cabaran dan halangan perit yang perlu dilalui dalam memartabatkannya.

Baik, tanpa mengulas lebih panjang, saya senaraikan antara perkara hangat yang dibincangkan oleh para ibu ini.

Cabaran penyusuan anak pada usia kanak-kanak
1. Pelbagai aksi dan gaya menyusu
2. Badan letih kerana tidak mampu menampung badan anak (posisi duduk) ataupun lenguh semasa posisi baring
3. Anak sudah pandai berkata-kata, minta disusukan di mana-mana sahaja
4. Puting luka, melecet dan sebagainya (akibat posisi yang semakin pelbagai)
5. Puting sakit kerana gigi anak yang sudah penuh

Hikmah penyusuan anak pada usia kanak-kanak
1. Hubungan ibu dan anak yang sangat erat
2. Anak bijak, walaupun manja tetapi pandai berdikari
3. Anak belajar di hadapan mata- penyusuan ibu itu alami, payudara ibu tujuannya adalah menyusukan anak
4. Anak menjadi sangat prihatin pada keperluan adiknya (penyusuan ibu)
5. Anak lelaki menghormati wanita, tidak memandang payudara itu bertujuan seks semata-mata

Perbincangan sampingan
1. Perbezaan susu ibu, susu segar dan susu tiruan
2. Keperluan anak selepas 2 tahun, susu bagaimana yang perlu dibekalkan
3. Situasi ibu yang sudah hamil walaupun anaknya baru berusia 6 bulan
4. Situasi memahami, menangani dan memberi semangat pada ibu yang tertekan
5. Susu ibu berkait rapat dengan stres ibu

Aktiviti lain
Sambutan meraikan dan acara potong kek istimewa untuk si kecil-si kecil yang menyambut hari kelahiran yang ke-2 sekaligus berjaya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Kredit untuk Puan Hanidah yang mengetuai pembelian hadiah kek besar yang sangat cantik.

Ini antara yang masih saya ingat kerana langsung tidak sempat mencatatnya. Situasi SGM pada kali ini boleh dikatakan 'hangat' walaupun hujan di luar bangunan. Istimewanya lagi, SGM pada kali ini dijalankan di dalam bangunan SusuIbu.com sendiri atas faktor cuaca.

Kepada rakan-rakan yang turut menghadiri SGM7, pasti masih banyak lagi yang mahu dikongsi (^___^)







*Kredit gambar untuk Puan Rafidah dan Puan Nor Haslina

0 comments: