Enjin Carian

Loading...

Peringatan Bersama (PENAFIAN)

Blog ini adalah ruang pendapat, perkongsian dan luahan pemilik blog semata-mata berdasarkan maklumat dan pemahaman pemilik blog dalam dunia penyusuan ibu (kecuali apabila dimaklumkan sumbernya). Pembaca sekalian perlu merujuk pada konsultan laktasi ataupun kaunselor laktasi yang bertauliah bagi kes-kes teknikal dan kritikal. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat yang dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung.

Pembaca blog ini diizin menyalin kembali (copy and paste) serta mengolah info ataupun maklumat dari dalam blog ini demi mengembangkan ilmu penyusuan DENGAN SYARAT meletakkan sumber rujukan kembali kepada blog ini. Ini bagi memastikan hak cipta karya pemilik blog tetap terpelihara. Terima kasih atas kerjasama dan kesudian pembaca sekalian berkongsi ilmu di sini. Salam hormat (^_____^)

Pembaca Budiman

Wednesday, February 23, 2011

Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)

Alhamdulillah, penyertaan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program (MBfPC) bagi tahun 2011 kini sudah dibuka!

PPIMM atau MBfPC adalah satu program khas julung kalinya di Malaysia, yang bermula pada 2010, bertujuan bagi memberi galakan, maklumat, khidmat sokongan, dan jaringan perhubungan kepada para ibu dalam memperkembangkan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Bagi menjadi para Pembimbing Ibu Menyusu/ Peer Counselor yang terlatih, mereka perlu menjalani bengkel/ kursus dahulu di bawah kendalian SusuIbu.com. Program ini juga ditaja sebahagiannya oleh UNICEF dan disokong oleh WABA (World Alliance for Breastfeeding Action).

Tarikh bagi sesi program ini mewakili seluruh Malaysia adalah seperti berikut:



Pada mereka yang berminat bagi memohon, dipersilakan menghantar butiran-butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org.

1. Nama
2. Alamat
3. Nombor telefon
4. E-mel
5. Pernyataan ringkas mengapa berminat mahu menyertai program ini
6. Tarikh dan lokasi yang dipilih

Bengkel/ kursus ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut, kecuali bagi kawasan tengah iaitu Wilayah Persekutuan dan Selangor (2 kali Sabtu dan Ahad selama 2 minggu berturutan).

Para peserta yang berjaya disaring akan dihubungi melalui e-mel oleh pihak pengurusan PPIMM/ MBfPC. Semoga berjaya! :)

Sumber: SusuIbu.com dan Puan Hayatie Hashim

0 comments: