Enjin Carian

Loading...

Peringatan Bersama (PENAFIAN)

Blog ini adalah ruang pendapat, perkongsian dan luahan pemilik blog semata-mata berdasarkan maklumat dan pemahaman pemilik blog dalam dunia penyusuan ibu (kecuali apabila dimaklumkan sumbernya). Pembaca sekalian perlu merujuk pada konsultan laktasi ataupun kaunselor laktasi yang bertauliah bagi kes-kes teknikal dan kritikal. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat yang dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung.

Pembaca blog ini diizin menyalin kembali (copy and paste) serta mengolah info ataupun maklumat dari dalam blog ini demi mengembangkan ilmu penyusuan DENGAN SYARAT meletakkan sumber rujukan kembali kepada blog ini. Ini bagi memastikan hak cipta karya pemilik blog tetap terpelihara. Terima kasih atas kerjasama dan kesudian pembaca sekalian berkongsi ilmu di sini. Salam hormat (^_____^)

Pembaca Budiman

Monday, May 2, 2011

Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas

Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan
  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia
Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien





Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.





6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

Minggu 2-4


Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju


9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

11 comments:

Jun Juliana said...

tq..sagt2 membantu sy, cumanya, sy courius, ms bila n kasi buah2 tu? petang? or cmpur dgn bubur nasik ker? then, hati tu, klau hancur tak mcm geli ker nk cmpur dlm bubur..sgt2 kurang ariff

noraherni said...

Terima kasih Jun sudi singgah :). Berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang masih cetek ini, bayi yang baru diperkenalkan makanan pelengkap tidaklah perlu diberi makanan dengan kerap. Mungkin pada bulan pertama, 1 kali makan sehari sudah mencukupi.

Masuk bulan ke-7, baru ditingkatkan kepada 2 kali sehari. Apapun, kita perlu ikut signal bayi. Ada bayi yang hanya perlu makan 1x sehari walaupun sudah 10 bulan. Jadi, puree mahupun makan pejal yang lain, boleh disediakan sebagai makanan tengahari mereka :) Sekiranya lihat bayi suka makan dua kali, puree boleh disediakan pada waktu petang :)

Fasal hati dan sebagainya itu, semuanya adalah panduan. Tidak semestinya wajib kita ikuti. Boleh pilih ataupun digantikan dengan sumber lain. Lagipun, hati itu adalah jenis makanan 'dalaman'. Ada juga bayi yang alergik kepada sesetengah makanan. Selamat mencuba pelbagai resepi ya Jun! =)

ladysara84 said...

salam...sy nk tanye..ms 1st time bg makan..x bole latak garam ye..tp nnt mesti bubur tu tawar..takut nnti baby x nk mkn pulk..sebab susu ibu kn rsnye manis...tibe2 terpaksa mkn bubur yg tawar...camne tu ek...boleh bg advise...

noraherni said...

Lladysara84, yang berasa tawar itu ibunyakah ataupun bayinya? Hehehe.... Jangan bimbang dear, bayi takkan kenal rasa apa itu tawar, manis, dan lain-lain sekiranya tidak diajar oleh ibunya. Kita sahaja yang selalu 'psiko' sendiri dalam hal begini ^_^.

Garam semua itu sebaik-baiknya diperkenalkan selepas bayi mencecah 2 tahun.

ladysara84 said...

hehe..yeke..sy musykil coz ade case kat taska anak sy..si ibu bekalkn bubur nasi yg dibekukn...bile pngasuh bg pd si anak...si anak menangis2 x mahu makn..si anak baru masuk 6 bulan...so pengasuh tu try la rs bubur nasi yg si ibu bg...x sedap coz xde garam & terlalu cair...si pengasuh tu ltk garam & bg si anak makn..baru la ank tu makn..sy risau coz ank sy dh 4 bln..x lame lg nk 6 buln..takut anak sy jd mcm tu lak...

noraherni said...

Ladysara, aduhai kasihannya si kecil itu kecil-kecil sudah makan garam. Kasihan sistem pencernaannya yang belum matang itu. Kita usah lupa, bayi menangis ada banyak sebab. Antaranya sebab kembung, lampin penuh, lapar, lambat diberi susu (tangisan adalah signal terakhir daripada bayi bagi menyatakan dia lapar) dll. Apatah lagi makanan itu tidak fresh (tetapi sejuk beku), walaupun sudah dipanaskan, pasti tekstur, rasa dan baunya berubah. Kita sendiri pasti tidak suka makanan yang sudah disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, pujuk bayi dan beri dia masa untuk menikmatinya. Keutamaan masih pada penyusuan bukan makanan. Sebab itu kita panggil makanan pelengkap.
Dan sebab itu juga kita galakkan susu ibu dicampurkan sekali dalam proses pengenalan makanan pelengkap.
Oh pasti ibu bayi itu sedih dan kecewa sekiranya mendapat tahu bekalan anaknya dicampur garam tanpa keizinan :-(

We Luv Thaqif said...

saya nak tanya ni... anak saya nak masuk 6 bulan & sy nak mula bgi makan... saya cdg nak g makan masa cuti raya ni (anak saya 5 bln 3 minggu sbb masa tu jer cuti pnjg utk ajar makan)boleh kan? cuma yg buat saya tak paham masa nak bg makan awal tu... minggu pertama kenalkan dengan kanji/beras+ susu ibukan? maksudnyer mcm nestum (cerelac) tu ker? atau terus blh bagi nasi yg dikisar halus... minggu ke 2 dah blh bg nasi+sayur+ ayam etc kan? lagi susu kalau kiter bg mkanan mula2 nak selang seli dgn air suam ker... atau guna SI jer... xkan kiter nak suap mkn jer tp air tak bagi... tlg bantu... :)

noraherni said...

We Luv Thaqif,

Maksud kanji/ beras itu adalah bubur kanji. Sama seperti kita buat bubur nasi lembik. Tetapi bezanya kita tapiskan lagi bubur itu dan ambil yang selepas ditapis. Ini bagi memastikan teksturnya benar-benar halus.

Minggu ke-2 teruskan resepi yang menggunakan tapisan bagi memastikan teksturnya halus. Boleh rujuk post saya. Bayi masih belum bersedia dihadapkan dengan makanan bertekstur kasar/ kering.

Sekiranya resepi pada hari itu puree, pastikan puree itu juga ditapis halus.

Tidak perlu air suam. Susu ibu itu sendiri mengandungi 88-90% kandungan air. Walau bagaimanapun, bergantung pada ibu itu sendiri sekiranya mahu memberinya :)

We Luv Thaqif said...

tima kasih.... tapi boleh tak kalau saya masak bubur nasi + sayur + ayam... saya kisar sampai halus... masa mula2 bagi makan tu... posisi bayi masa makan... baringkan yer... :)

noraherni said...

We Luv Thaqif,

Seperti dalam entri,

Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.

Ada lagi sebab mengapa kita perlu perkenalkan satu per satu. Ini penting bagi mengenal pasti bayi kita ada alahan pada makanan tertentu. Alahan makanan boleh membawa maut, jangan dipandang sepi. Oleh itu, gunakan rule 3-4 hari untuk setiap jenis hidangan.

Saya faham, ibu-ibu baru selalu memang sangat teruja semasa mahu memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi. Tetapi perlu diingat juga, minggu awal, bayi hanya makan 2-3 sudu sahaja. Sekadar pengenalan, bukan untuk kenyang. Bayi tetap bergantung pada susu ibu sebagai makanan utama sehingga berusia 1 tahun.

Selamat mencuba :)

We Luv Thaqif said...

noraherni... anak saya dah mula makan pun... dah 6 bln 3 mggu... saya bgi bubur+ayam @ ikan bilis+ sayur... saya kisar halus... bru2 ni try bgi lecek tapi anak saya taknak... mcm tercekik... cuma masalah sy skrg ni dlm sminggu ni anak saya berak seketul2... agak keras sikit... nyusu SI byk... mcm biasa... ada gak bg air suam tp sikit2 sbb dah bg SI... smlm try bgi betik waktu ptg... ok jugak... pgi tadi ada berak gak tapi seketul jer... camner ek?? bubur lembik & halus...